Sunday, July 18, 2010

Tiada orang ketiga - Maya Karin


MAYA KARIN


KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara jelita yang kini berstatus janda, Maya Karin, 31, menafikan kewujudan orang ketiga sebagai punca dalam masalah rumah tangganya sehingga berlaku perceraian.
Katanya, khabar angin bahawa rumah tangganya retak gara-gara dikaitkan hubungan rapat beliau dengan pelakon Remy Ishak sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan apa yang berlaku.
Remy menjadi pasangannya dalam teater Natrah dan filem Cun yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
Sehubungan itu, Maya memberitahu, dia tidak akan membuat sebarang sidang media untuk menceritakan lebih lanjut tentang perceraian beliau dengan bekas suami, Muhammad Ali, 41.
Tegas Maya, beliau ingin menutup segala cerita tentang perceraian itu dan tidak mahu mengungkitnya kembali.
“Apa yang rahsia biar saya simpan sendiri kerana saya rasa tidak perlu bercakap tentang perasaan saya.
“Sekarang saya mahu teruskan hidup dan belajar daripada apa yang berlaku,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Katanya, meskipun telah sah bercerai setelah dua tahun berkahwin dengan Muhammad Ali atau Steven David Shorthose, seorang guru Matematik di sebuah sekolah antarabangsa, perjalanan kerjayanya akan diteruskan seperti biasa.

No comments:

Post a Comment