Sunday, September 5, 2010

Izzah kena hati-hati keluar kenyataan berkaitan Melayu



KUALA LUMPUR 4 Sept. - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar diminta lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan terutama yang melibatkan hak istimewa orang Melayu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ini kerana hak istimewa yang terkandung dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan itu merupakan 'jantung' kepada Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, kata beliau, sebarang kenyataan yang tidak tepat mengenai perkara itu boleh dikategorikan sebagai cubaan untuk menghasut.
"Negara ini sama sekali tidak boleh disamakan dengan Amerika Syarikat terutama daripada aspek pembinaan negara bangsa.
"Amerika Syarikat dibangunkan atas dasar perang saudara dan perbezaan warna kulit manakala Malaysia berasaskan kepada kontrak sosial," katanya.
Beliau ditemui pada majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan hari raya anjuran Pergerakan belia India Muslim Malaysia (Gepima) di Surau An-Nur, Taman Koperasi Polis Fasa 1 di sini hari ini.
Hadir sama Pengasas dan Penasihat Gepima, Mohamed Khatir Ali serta Pengerusi Surau An-Nur, Razak Hashim.
Pada majlis itu, Mohd. Puad turut menyampaikan bantuan hari raya kepada 200 anak-anak yatim, orang kurang upaya (OKU) serta golongan fakir miskin sempena sambutan hari raya ini

No comments:

Post a Comment