Thursday, September 2, 2010

Pakai tudung cara UMNO " Jambul Didepan "


 Kata tok guru (ulama), tudung itu ada
tiga perkara.
Perkara yang pertama tudung yahudi. Perkara
yang kedua tudung nasrani. Perkara ketiga tudung
muslimah.

Tudung Yahudi
: Iaitu perempuan yang memakai
tudung. Tudung itu menutup kepalanya, tetapi
yang selebihnya dicampak ke belakang
semuanya. Ini biasa kita nampak keliling kita,
perempuan yang pakai tudung, tapi nampak dada,
kekadang tengkuk pun nampak. Yang dia jaga,
hak belah atas sahajatu pun kekadang nampak
telinga dan toncet dia.

Tudung Nasrani
: Iaitu peremuan yang memakai
tudung. Tudung itu menutup kepalanya, tetapi
tertonjol bonggol unta (jambul). Kalau biasanya
zaman kecik kecik teman dulu, fesyen ni kami
panggil fesyen mak datin. La ni, takdelah
sebanyak dulu, tapi kalau nak tau cemana rupa
orang fesyen sebegini, rujuk parlimen, ada seorang
ahlinya, gelarannya Juhi Chawla. Kerjanyadok
kecek pasal hak perempuan jer.

Tudung Muslimah : Terimalah hujah dari Allah
S.W.T., iaitu di dalam Surah Al Ahzab ayat 59
yang berbunyi, Hendaklah mereka (kaum wanita)
menghulurkan
(melabuhkan) jilbabnya (pakaian labuh berserta
tudung kepala yang menutupi dada) ke tubuh
mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih
mudah dikenal (membezakan di antara yang
beriman dan tidak) dan tidak diganggu. Dan
ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha
Penyayang.


Semoga anda sekalian yang bergelar wanita dapat
mengambil iktibar daripada apa yang telah anda
baca. Sebarkanlah risalah ini kepada orang lai.
Mudah mudahan ramai lagi yang akan
mengambil iktibar. Katakanlah yang benar,
walaupun kebenaran itu amat pahit.
Wallahu-Alam. haKma-

No comments:

Post a Comment