Thursday, September 9, 2010

ratu malu mengaku ibu & bapanya...




Nekad untuk enggan berkomunikasi dengan kedua orang tuanya, Ratu Cantik Indonesia 2009, Qory Sandioriva, ‘memboikot’ semua panggilan telefon mereka. Menurut ibunya, Fariawati, jika dia atau suaminya menghubungi Qory, gadis itu tidak akan menjawab panggilan berkenaan. “Jarang diangkat telefonnya, jadi komunikasi di antara kami berkurangan".

Qory memaklumkan kepada mereka bahawa dia tidak mahu urusan peribadinya dicampuri mereka. Ketika ini, Qory tinggal di apartmennya. Kali terakhir dia berhubung dengan Qory adalah ketika gadis kacukan Sunda dan Aceh itu berada di Las Vegas, Amerika Syarikat untuk menyertai pertandingan ratu cantik Miss Universe 2010. Qory, 19, adalah ratu cantik termuda dalam sejarah Indonesia dan kini mengikuti pengajian kesusasteraan Perancis di Universiti Indonesia.

Penyertaan Qory dalam pertandingan ratu cantik menimbulkan bantahan dan kontroversi kerana dia mewakili Aceh yang terkenal dengan pegangan agama yang kuat. Fariawati berkata, kali terakhir Qory bercakap, dia berpesan kepada bapanya supaya tidak mencampuri urusan hidupnya lagi. Namun, disebabkan bimbang terhadap keselamatan Qory, Fariawati membelanjakan ribuan ringgit cuba menghubungi anaknya.

Dia terpaksa membayar caj sehingga RM4,800 kerana berusaha selama tiga hari menghubungi Qory di Las Vegas. “Malangnya dia memarahi saya dan melarang kami ke AS".

***mungkin suatu masa dulu ibu sangat bangga punya anak gadis yang menjadi juara ratu cantik. ibu dan keluarga ketika itu tidak terfikir seluruh masyarakat acheh sangat terluka dengan penyertaan Qory itu. nah sekarang hati ibu pula terguris. ini tidak mustahil kerana ibu redho anak ibu melakukan maksiat (dosa), maka menderhaka ibu kandung juga berdosa. jadi perkara berdosa sudah terbiasa baginya. bagi dia tidak ada apa beza. ok ibu tanggunglah penderitaan ini***
Sumber sgkasai: ratu malu mengaku ibu & bapanya...

No comments:

Post a Comment