Sunday, October 17, 2010

Keadaan Ibrahim stabil




2010/10/17

AMPANG: Keadaan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali yang dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri, di sini pagi kelmarin stabil dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU). 

Jurucakapnya berkata, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan dimasukkan ke hospital itu pada jam 9.45 pagi kelmarin dan dinasihatkan berehat. Beliau dijangka menjalani pembedahan pintasan jantung di hospital sama pada jam 10.30 Isnin ini.“Semalam, beliau meminta kebenaran kepada doktor untuk mendengar pembentangan Bajet 2011 di Parlimen dan pulang semula ke Hospital Pakar Ampang Puteri,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Sementara itu, ahli keluarga Ibrahim, yang enggan namanya disiarkan berkata, keadaan Ibrahim stabil dan beliau dinasihat berehat. 

Katanya, ahli keluarga dan sahabat Ibrahim akan menunaikan solat hajat di surau Hotel De Palma, di sini selepas solat Maghrib dan Isyak malam ini memohon kepada Allah SWT supaya beliau selamat menjalani pembedahan itu.sumber

No comments:

Post a Comment