Monday, December 20, 2010

Bekas TKP dipenjara sejumlah 56 tahun


BEKAS Timbalan Pengarah I, Jabatan Imigresen, Yusof Abu Bakar keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini selepas dikenakan hukuman penjara 6 tahun dan denda RM620,000 atas 14 pertuduhan rasuah. - Foto Rosdan Wahid-bharian



KUALA LUMPUR– Bekas Timbalan Ketua Pengarah 1 Jabatan Imigresen, Yusof Abu Bakar hari ini dijatuhi hukuman penjara sejumlah 56 tahun dan denda RM620,000 oleh Mahkamah Sesyen setelah didapati bersalah terhadap 14 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM121,500 bagi meluluskan lanjutan pas lawatan warganegara China, dua tahun lepas.
Hakim Abu Bakar Katar bagaimanapun memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dan Yusof, 56, hanya perlu menjalankan hukuman penjara enam tahun bermula daripada tarikh beliau didapati bersalah pada Khamis lalu.
Hakim Abu Bakar turut membenarkan permohonan peguam Yusof, Mohammed Azmi Mohd Said untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sehingga keputusan rayuan di Mahkamah Tinggi nanti.
Pada Khamis lepas, Abu Bakar mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu di akhir kes pembelaan dan menetapkan tarikh hari ini untuk menjatuhkan hukuman.
Yusof, 56, didakwa menerima rasuah berjumlah antara RM500 dan RM18,500 pada setiap transaksi daripada seorang pengurus jualan antara 21 Mac dan 25 Jun 2008. – Bernama
kosmo

No comments:

Post a Comment