Sunday, December 5, 2010

Kerajaan Terengganu tanggung kos bedah mangsa simbah asid


KUALA TERENGGANU - Harapan Nurul Dahyatul Fazlinda, 8, untuk pulih semakin cerah apabila kerajaan negeri Terengganu bersetuju membiayai kos pembedahan ke atasnya dan meminta supaya rawatan tersebut dijalankan segera.
Bagaimanapun, pembedahan hanya boleh dilakukan selepas laporan rawatan perubatan dikeluarkan pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah yang merawat kanak-kanak itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman memberitahu, kerajaan negeri bersedia menampung semua kos rawatan dan berharap pembedahan memulihkan wajah kanak-kanak itu dapat dilakukan segera.
"Kanak-kanak ini masih menjalani rawatan tetapi pihak hospital belum ada tarikh khusus bila pembedahan boleh dilakukan," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Nurul Dahyatul Fazlinda cedera di bahagian muka dan badan selepas terkena asid dalam kejadian di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu kira-kira pukul 1.45 pagi 15 Ogos lalu.

No comments:

Post a Comment