Saturday, January 8, 2011

Jawi cari 650 imam muda

Kosmo! Online - Negara: "

CHE MAT memberi penerangan mengenai program IMQ pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sedang mengadakan pencarian bakat-bakat muda di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk diketengahkan sebagai imam menerusi program Imam Muda Qaryah (IMQ).

Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali berkata, program bercorak dakwah itu menyasarkan 650 peserta berkebolehan berdasarkan pengetahuan ilmu agama Islam untuk dilatih dan diketengahkan bagi menggantikan kira-kira 400 imam sedia ada di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

'Kebanyakan imam- imam terutama khatib yang dilantik Jawi dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terdiri daripada warga emas berusia antara 40 hingga 60 tahun ekoran faktor kurangnya kemahiran dan minat generasi muda untuk menggalas tugas sebagai imam.

'Jadi, penganjuran IMQ merupakan tindakan proaktif jabatan dalam menangani situasi itu di mana ia juga boleh dilihat sebagai landasan terbaik melahirkan imam-imam pelapis di kalangan orang muda,' katanya pada sidang akhbar program IMQ di sini semalam."

No comments:

Post a Comment