Thursday, January 20, 2011

Lelaki bawa rangka rahib kena tahan

ATHENS: Seorang rahib Cyprus ditahan di lapangan terbang Greece bersama tulang rangka seorang rahib dalam begnya, kata pihak berkuasa. 


Lelaki berusia 56 tahun itu ditahan di lapangan terbang Athens selepas pihak keselamatan menemui tengkorak manusia dan tulang rangka dibalut kain dalam bagasinya.“Lelaki itu mendakwa membawa rangka rahib itu ke biara. Beliau mendakwa wanita itu adalah wali,” kata pegawai polis Greece yang enggan namanya disiarkan. Beliau berkata rahib itu memberitahu pihak berkuasa beliau memindahkan rangka itu ke biara di Cyprus.
Rangka itu adalah rahib wanita yang mati empat tahun lalu. Beliau bukanlah wali di Greece atau gereja Ortodok Cyprus tetapi menjadi rahib di biara. 

Menghormati rangka wali adalah perkara biasa dalam tradisi Greek Ortodok. Mazhab di gereja memuliakan rahib walaupun beliau bukan wali. - Reuters 

No comments:

Post a Comment