Friday, January 14, 2011

Pemerintahan Lebanon runtuh

Pertikaian libatkan tribunal pembunuhan mantan PM dorong Hezbollah letak jawatan

BEIRUT: Pemerintah Lebanon runtuh selepas kumpulan Hezbollah dan sekutu-sekutunya meletak jawatan dalam kabinet negara itu semalam.
Ia berpunca daripada satu pertikaian antara kumpulan itu dengan puak politik yang disokong negara Barat berhubung pendakwaan yang bakal diadakan mengenai pembunuhan mantan perdana menteri negara itu, Encik Rafik Hariri, pada 2005.Satu tribunal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang sedang menyiasat kes pengeboman menggunakan trak, yang membunuh Encik Hariri dan 22 orang yang lain, dijangka menamakan anggota-anggota kumpulan militan Syiah itu.Ini menyebabkan timbulnya kekhuatiran tentang kemungkinan tercetus semula keganasan antara puak-puak bertelagah di negara itu.Langkah Hezbollah meninggalkan kabinet mengundang krisis politik paling buruk di negara itu sejak 2008, di kawasan yang paling bergolak di Timur Tengah.Pemerintah Lebanon yang berusia 14 bulan itu merupakan satu parti campuran yang rapuh, yang menggabungkan dua puak bersaingan - anak lelaki mantan perdana menteri, Encik Saad, yang juga Perdana Menteri negara itu; dan Hezbollah, yang disokong Syria dan Iran.Pertikaian mengenai tribunal itu telah melumpuhkan pemerintah negara tersebut sejak berbulan-bulan lamanya, dengan kumpulan Hezbollah sering mengutuk dan menyifatkan mahkamah berkomplot dengan Amerika Syarikat.Namun, Encik Saad terus bekerjasama dengan tribunal yang berpangkalan di Belanda itu.Sekarang, jurang antara kededua puak tersebut semakin melebar dengan Hezbollah menuduh blok Encik Saad mengikut telunjuk Barat.Para menteri daripada Hezbollah sengaja meletak jawatan mereka bertepatan dengan mesyuarat antara Encik Saad dengan Presiden Barack Obama di Washington, hingga memaksa beliau bertemu dengan Encik Obama sebagai seorang perdana menteri sementara.Namun, para pengamat berpendapat krisis itu tidak akan membawa kepada satu konflik bersenjata antara para penyokong Hezbollah dengan Encik Saad, dari puak Sunni yang disokong Arab Saudi dan Amerika.Hezbollah semalam meruntuhkan pemerintah yang dipimpin Encik Saad dengan perletakan jawatan 11 menterinya.Ini menyusuli kegagalan Arab Saudi dan Syria meredakan ketegangan di kalangan pemimpin Lebanon menyusuli tindakan tribunal tersebut yang akan mengeluarkan pendakwaannya dalam masa terdekat.Para pemimpin Barat sedang berusaha mengukuhkan pemerintah pusat Lebanon sejak Israel dan Hezbollah berperang selama 34 hari pada 2006.Namun, mereka turut menyuarakan kebimbangan terhadap imbangan kuasa dalam pemerintahan campuran yang agak condong kepada kumpulan militan itu, kerana Amerika menganggap Hezbollah sebagai sebuah kumpulan pengganas. -- AP, Reuters.

No comments:

Post a Comment