Wednesday, February 16, 2011

AS gesa Iran contohi Mesir buka sistem politik



ANTIPEMERINTAH ATAU SOKONG DUNIA ARAB?: Sebuah kontena sampah dibakar di Teheran kelmarin dalam tunjuk perasaan antipemerintah yang diadakan penduduk Iran dengan helah ingin menyokong pemberontakan di Dunia Arab. -- Foto AFP

Clinton alu-alu 'keberanian' dan 'aspirasi' rakyat adakan bantahan antipemerintah


WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Cik Hillary Clinton, mengalu-alukan 'keberanian' dan 'aspirasi' bantahan-bantahan antipemerintah di Iran semalam, dan mendesak Teheran supaya mengikut contoh Mesir dan 'buka' sistem politiknya.'Kami harap pembangkang dan mereka yang berani keluar ke jalanan di seluruh Iran dapat peluang sama seperti yang direbut rakan-rakan mereka di Mesir minggu lalu,' kata Cik Clinton kepada wartawan ketika melawat Kongres.'Kami sokong hak-hak sejagat rakyat Iran. Mereka patut mendapat hak yang sama yang dituntut oleh pemberontak yang telah membantu menyingkirkan Presiden Hosni Mubarak dan yang menjadi sebahagian daripada hak kelahiran mereka,' ujar beliau.Cik Clinton berkata demikian selepas polis rusuhan Iran, menurut beberapa laman dan saksi, menembak gas pemedih mata dan bebola cat ke arah penunjuk perasaan yang berhimpun di Teheran dengan alasan mereka menyokong pemberontakan di Dunia Arab.Polis campur tangan apabila beberapa kumpulan pemberontak di Dataran Azadi (yang bermaksud kebebasan) mula melaungkan 'mati diktator' - slogan yang dilemparkan terhadap Presiden Mahmoud Ahmadinejad selepas keputusan rasmi yang dipertikai dalam pilihan raya presiden 2009 memberi beliau kuasa bagi penggal kedua.'Kami menentang keganasan dan kami akan menuntut Iran supaya memberi penjelasan mengapa ia sekali lagi menggunakan pasukan keselamatannya bagi menghalang kebebasan bersuara rakyat mereka,' kata Cik Clinton.'Kami rasa perlu ada satu iltizam bagi membuka sistem politik di Iraq dan mendengar suara-suara pembangkang dan masyarakat sivil,' tambah beliau.Bantahan-bantahan itu, yang diadakan walaupun dilarang, adalah yang pertama di Teheran sejak 11 Februari tahun lalu, apabila para aktivis berhimpun bagi memperingati ulang tahun ke-31 revolusi Islam.Tiada pengesahan rasmi berhubung laporan-laporan laman pembangkang yang mengatakan beratus-ratus perusuh telah diberkas di Teheran.Jurucakap Cik Clinton, Encik Philip Crowley, berkata Washington 'amat prihatin' mengenai laporan bahawa seorang terbunuh dan beberapa lain cedera dalam rusuhan itu.Cik Clinton berkata: 'Apa yang kami lihat berlaku di Iran ialah bukti keberanian rakyatnya dan satu indikmen terhadap kepura-puraan rejim Iran, satu rejim yang dalam tiga minggu kebelakangan telah mengalu-alukan kejadian di Mesir.'Dan kini, apabila diberi peluang memberi rakyat mereka peluang-peluang yang sama seperti yang mereka tuntut bagi warga Mesir, Iran sekali lagi menunjukkan sifat mereka yang sebenar.'Sedang Iran menyokong bantahan di Tunisia dan Mesir, menteri dalam negerinya telah mengharamkan perhimpunan semalam. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

No comments:

Post a Comment