Wednesday, March 2, 2011

Saudi pantau Facebook untuk elak bantahan

JEDDAH: Aktivis demokrasi di Arab Saudi berkata kerajaan negara itu sedang memantau media sosial dari dekat bagi menghentikan sebarang bantahan seperti yang berlaku di negara Arab lain sebelum ia berlaku.
Para aktivis telah membuka laman Facebook dan menyeru diadakan bantahan pada 11 dan 20 Mac, yang kesemuanya mendapat sokongan 17,000 orang, tetapi polis telah berjaya menghalang dua bantahan di Jeddah bulan lepas, menunjukkan betapa sukarnya usaha sebegitu dalam kerajaan konservatif itu.Dalam satu kes pasukan keselamatan mengerumuni sebuah lokasi yang diumumkan di Facebook, hingga membuat penunjuk perasaan beredar.Arab Saudi, pengeluar minyak terbesar dunia, melarang bantahan awam dan parti politik.Pada 2004, pasukan keselamatan Saudi telah menghalang bantahan-bantahan di Riyadh dan Jeddah anjuran satu kumpulan penentang Saudi di London.Minggu lalu, Raja Abdullah - sekutu kuat Amerika Syarikat - telah memerintahkan kenaikan gaji dan beberapa faedah lain bagi rakyat Saudi.Pemberian AS$37 bilion ($47.1 bilion) itu kelihatan sebagai satu usaha melindungi kerajaan Saudi daripada gelombang pemberontakan. Namun, para aktivis mahukan lebih daripada wang.Para aktivis berkata penyusunan semula kabinet mungkin boleh meredakan aktivisme di Internet jika ia berupaya menonjolkan muka baru.Dalam satu surat terbuka Ahad lalu, kira-kira 100 cendekiawan, aktivis dan ahli akademik menyeru Raja Abdullah membuat pembaharuan penting politik dan memberi rakyat lebih hak bersuara. -- Reuters.Cyberita Online Luar Negara

No comments:

Post a Comment