Friday, March 11, 2011

Tentera Libya tidak akan menyerah

Utusan Malaysia

11/03/2011 3:18am

TRIPOLI 11 Mac – Anak lelaki kepada pemimpin Muammar Gaddafi yang paling menonjol, Saif al-Islam memberi amaran bahawa Libya kini bersiap sedia mengambil tindakan tentera berskala penuh untuk menghapuskan pemberontak dan tidak akan menyerah kalah walaupun campur tangan Barat.

“Ini adalah masanya untuk pembebasan. Ini adalah masanya untuk bertindak,” katanya dalam temu bual bersama Reuters, semalam.

Ketika ditanya sama ada kerajaan bersiap sedia untuk meningkatkan kempen ketenteraan, Saif memberitahu, masa semakin suntuk dan kini masa untuk mengambil tindakan kerana mereka telah memberikan tempoh dua minggu untuk berunding sebelum ini.

“Kami tidak akan menyerah kalah, ini adalah negara kami dan kami akan berjuang bermati-matian.

“Kami tidak mengalu-alukan kehadiran Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) atau Amerika Syarikat (AS). Libya bukan kek yang boleh dibahagi-bahagikan,” tegasnya. –REUTERS"

No comments:

Post a Comment