Monday, April 4, 2011

Bantah letup terumbu karang


INILAH lokasi terumbu karang dekat Pantai Rombang, Melaka yang mahu diletupkan tetapi mendapat bantahan nelayan.

MELAKA - Kira-kira 200 nelayan mengadakan demonstrasi secara aman di Pantai Rombang di sini semalam bagi membantah tindakan sebuah syarikat petroleum mahu meletupkan kawasan terumbu karang di kawasan tersebut bagi pembinaan jeti.
Mereka mendakwa tindakan tersebut bakal menutup pintu rezeki golongan nelayan memandangkan terumbu karang tersebut adalah lubuk ikan yang menjadi sumber rezeki sejak 50 tahun lalu.
Syarikat petroleum terbabit dijadual meletupkan terumbu karang tersebut esok.
Notis pemberitahuan kepada nelayan mengenai kerja-kerja tersebut sudah pun diedarkan baru-baru ini.
Terumbu karang terbabit terletak kira-kira tiga batu nautika dari Pantai Rombang.
Pada perhimpunan itu, lebih 80 tandatangan bantahan nelayan berjaya dikumpulkan.
Ia akan diserahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Ab. Rahman Ab. Karim dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.
Kosmo! Online - Negara

No comments:

Post a Comment