Saturday, April 16, 2011

Pengantin dibelasah dalam limousin

myMetro | Pengantin dibelasah dalam limousin: "Pengantin dibelasah dalam limousin


MELBOURNE: Mahkamah semalam menjatuhi hukuman penjara sekurang-kurangnya 15 bulan ke atas seorang lelaki yang membelasah isterinya ketika mereka menaiki limousin menuju parti meraikan perkahwinan mereka.

Adnan Rusanovski didakwa mengasari isterinya, Ferdi, termasuk dengan menggigit wajah wanita terbabit, selain cuba mencekik dan menumbuknya sebanyak 27 kali.


Adnan, 30, melakukan kesalahan itu pada Mei tahun lalu.

Akibat kejadian itu, Ferdi, 28, mengalami kecederaan teruk dan pemandu limousin berkenaan menganggap pergaduhan itu ‘lebih teruk daripada perlawanan tinju.’ Pasangan itu baru berkahwin di Macedonia.


Peguam Adnan berkata, tertuduh menghidap masalah mental dan masih bergelut untuk mengubah dirinya, antara lain melalui perkahwinan.


Bagaimanapun, hujah itu ditolak hakim.


Sebaliknya, Adnan dikatakan mabuk sebelum kejadian. Ketika ini pasangan terbabit dilaporkan bercerai. - AFP"

No comments:

Post a Comment