Wednesday, May 25, 2011

Ahli MHP kutuk skandal video

ISTANBUL 24 Mei - Seramai 17 pemimpin cawangan Parti Pergerakan Nasionalis (MHP) di Baskale, Van mengutuk skandal rakaman video lucah yang menyebabkan 10 pemimpin tertinggi parti itu meletakkan jawatan mereka.

Ketua cawangan parti tersebut, Omer Bozkurt (gambar) berkata, mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti yang tidak pernah memberikan sokongan.

''Kami meletakkan jawatan kami kerana sudah hilang kepercayaan ke atas kepimpinan parti.

''Saya bersama 16 anggota lembaga eksekutif tempatan lain sudah memaklumkan keputusan kami kepada Lembaga Pilihan Raya Daerah semalam,'' katanya di sini semalam..

Sementara itu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mendakwa wujud satu 'pergerakan sulit dalaman' yang menjadi mendalangi 'operasi membentuk semula' pentadbiran Parti Pergerakan Nasionalis (MHP).

Beliau yang juga ketua parti pemerintah, Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) bagaimanapun tidak mengulas lebih lanjut mengenai kumpulan yang dirujuknya itu.

"Mereka cuba untuk membentuk semula MHP dengan cara yang kotor iaitu menggunakan skandal video seks.

"Ini adalah satu tindakan yang tidak baik dan berbahaya kepada politik negara ini dan saya minta MHP menamatkan kerjasama dengan Parti Republik Rakyat (CHP) untuk membantu anggota kumpulan ini," katanya di Bursa semalam.

Erdogan turut menggesa pentadbiran dan akar umbi MHP menyokong AKP dalam memerangi kumpulan pergerakan sulit ini.

"Pasukan keselamatan, kumpulan perisikan dan badan kehakiman akan berusaha menghapuskan komplot kotor ini, tetapi saya harap pemimpin dan penyokong MHP akan turut menyokong usaha ini sebelum ia terlambat.

Seramai 10 pemimpin kanan MHPu meletakkan jawatan ekoran skandal video peras ugut dan seks, Sabtu lalu. - AGENSI

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments:

Post a Comment