Monday, May 2, 2011

Anak bongsu dan tiga cucu Gaddafi dilapor terbunuh dalam serangan Nato


AKIBAT SERANGAN: Rumah anak lelaki Encik Muammar Gaddafi, Encik Saif al-Arab, rosak teruk akibat serangan Nato semalam, menurut pemerintah Libya. -- Foto REUTERS


TRIPOLI: Anak bongsu pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi, dan tiga cucunya dilaporkan terbunuh dalam serangan udara tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), awal pagi semalam.
Rumah Encik Saif Al-Arab Gaddafi, 29 tahun, dilaporkan diserang oleh peluru berpandu Nato, kata jurucakap pemerintah Libya, Encik Mussa Ibrahim.Encik Gaddafi dan isterinya turut berada dalam rumah berkenaan ketika serangan udara itu dilancarkian tetapi disahkan tidak cedera.Ketiga-tiga cucu pemimpin Libya yang terkorban itu dilaporkan berumur bawah 12 tahun.Encik Saif merupakan anak keenam Encik Gaddafi dan beliau pernah menuntut di sebuah universiti Jerman tetapi tidak menghabiskan pengajiannya.Ibu Encik Saif adalah Cik Safiya Farkash iaitu isteri kedua Encik Gaddafi.Semalam, pegawai-pegawai Libya telah membawa wartawan ke sebuah rumah satu tingkat di kawasan kediaman elit.Sebahagian ruang atap rumah itu kelihatan musnah.'Apa yang kita lihat sekarang ialah undang-undang rimba. Kami berpendapat sudah jelas kepada semua orang sekarang bahawa apa yang berlaku di Libya tidak ada kena mengena dengan usaha melindungi orang awam,' kata Encik Ibrahim.'Ini operasi langsung untuk membunuh pemimpin negara ini. Pemimpin kami (Encik Gaddafi) berada dalam keadaan sihat. Beliau tidak cedera. Isterinya juga berada dalam keadaan sihat,' tambah beliau.Menurut Encik Ibrahim, Encik Saif sedang 'berbual dengan bapa dan ibunya serta anak-anak saudaranya apabila beliau diserang bagi kesalahan yang beliau tidak lakukan.'Sementara itu, Nato telah menafikan pihaknya menyasarkan ahli keluarga Encik Gaddafi dalam serangan udara awal pagi semalam itu.'Nato akan terus melakukan serangan udara terhadap rejim ketenteraan di Tripoli, termasuk mengebom pusat perintah dan bangunan di kawasan Bab al-Azizya pada awal pagi ini (semalam),' katanya.Selasa lalu, Setiausaha Pertahanan Britain, Encik Liam Fox, dan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat, Encik Robert Gates, memberitahu pemberita di Pentagon bahawa pesawat-pesawat Nato tidak menyasarkan Encik Gaddafi secara khusus tetapi akan terus menyerang pusat-pusat perintah tindakan ketenteraan.Serangan semalam dilancarkan beberapa jam selepas Encik Gaddafi meminta agar rundingan diadakan dengan negara-negara anggota Nato bagi mengakhiri serangan ke atas Libya yang sudah berlarutan hampir dua bulan.Puak pemberontak dan Nato telah menolak tawaran rundingan itu. -- AP, AFP, Reuters.

No comments:

Post a Comment