Monday, May 30, 2011

Beratus penduduk Palestin ke Mesir dengan menyeberangi Gaza


BEBAS MELALUI SEMPADAN: Dengan menjunjung bag, seorang penduduk Palestin melintasi sempadan Rafah untuk memasuki Mesir kelmarin. -- Foto AP


PEMBUKAAN SEMULA PINTU SEMPADAN RAFAH
RAFAH: Beratus-ratus penduduk Palestin menyeberangi Gaza ke Mesir di sini kelmarin, mengambil kesempatan pembukaan semula pintu sempadan bagi membenarkan laluan keluar masuk secara bebas buat kali pertama dalam tempoh empat tahun.
Pembukaan semula pintu sempadan Rafah itu adalah hasil perjanjian damai di antara kumpulan Hamas dengan Fatah bulan lalu yang diusahakan Kahirah.Bagaimanapun, lelaki yang berusia antara 18 dengan 40 tahun dikenakan syarat mesti mempunyai visa untuk memasuki Mesir dari Gaza.Pintu sempadan dibuka dari 9 pagi hingga 5 petang setiap hari, kecuali Jumaat.Bagaimanapun, urusan komersial memasuki Palestin masih perlu melalui pintu masuk Israel.Antara yang pertama menyeberangi sempadan kelmarin adalah dua ambulans yang membawa pesakit untuk mendapatkan rawatan di Mesir, selain beberapa bas mini yang membawa penumpang.Menteri Luar Mesir, Encik Nabil al-Arabi, mengumumkan April lalu bahawa pintu sempadan Rafah akan dibuka secara tetap bagi membantu mengurangkan sekatan yang dikenakan Israel terhadap Gaza.Laluan masuk dan keluar dari Gaza dihadkan selepas Hamas menguasai Gaza pada Jun 2007.Kemasukan ke Mesir dari wilayah itu kebanyakannya dihadkan kepada mereka yang memerlukan rawatan dan pelajar.'Ia keputusan berani dan bertanggung jawab selari dengan pendapat awam Palestin dan Mesir.'Kami harap ia adalah langkah pertama menghapuskan sekatan terhadap Gaza,' kata jurucakap kumpulan Hamas, Encik Fawzi Barhum, dalam satu kenyataan.Pusat Hak Asasi Palestin berkata pembukaan pintu sempadan Rafah walaupun dialu-alukan, bukanlah penyelesaian kepada isu utama.'Sekatan yang dikenakan Tel Aviv terhadap Jaluran Gaza harus ditarik balik.'Pergerakan barangan dagangan dan pergerakan bebas penduduk di wilayah yang diduduki Israel juga harus dibenarkan,' katanya.Israel memberi amaran bahawa pembukaan Rafah membolehkan penyeludupan senjata dan militan ke Gaza.'Ia adalah satu perkembangan bahaya yang membolehkan senjata dan anggota Al-Qaeda memasuki Gaza,' kata Timbalan Perdana Menteri Israel, Encik Silvan Shalom.Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar Mesir, Encik Menha Bakhoum, berkata pembukaan pintu sempadan Rafah adalah keputusan yang boleh dibuat Kahirah tanpa merujuk mana-mana negara lain. -- Agensi.Cyberita Online Luar Negara

No comments:

Post a Comment