Friday, June 17, 2011

Abu Bakar kena penjara 15 tahun

JAKARTA: Guru agama Indonesia, Abu Bakar Bashir dijatuhi hukuman penjara 15 tahun semalam atas pembabitan beliau dalam sebuah kumpulan yang menyasarkan untuk membunuh presiden negara itu.

Hukuman penjara Abu Bakar dilihat sebagai satu langkah penting dalam usaha kerajaan Indonesia untuk melemahkan kumpulan pengganas tetapi ia mungkin tidak akan mengurangkan ancaman serangan di negara dengan penduduk Islam paling ramai di dunia itu ketika yang lain cuba mendesak satu agenda Islam.
Abu Bakar tidak mendapat sokongan meluas di Indonesia tetapi penganalisis berkata sabit kesalahan boleh mencetuskan kemarahan penyokong Islam kuat, di mana ada yang berikrar bangkit selepas pembunuhan pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden.
Dengan menyatakan risiko itu, satu mesej teks yang disebarkan di ibu negara itu minggu ini memberi amaran 36 letupan bom akan berlaku di seluruh negara sebaik saja hakim mengumumkan keputusan di mahkamah selatan Jakarta.

“Lebih berat hukuman lebih baik, kerana ia satu langkah mengekang radikal di kalangan penduduk lebih muda.

“Jika beliau dipenjarakan ia tidak memberi kesan kepada risiko keselamatan, tetapi ia masih lebih baik untuk mengelak beliau daripada menyampaikan ucapan kebencian,” kata ketua agensi memerangi pengganas di negara itu, Ansyaad Mbai. – Reuters Berita Harian Online | Abu Bakar kena penjara 15 tahun

No comments:

Post a Comment