Thursday, June 16, 2011

‘Tolong jangan ganggu emosi isteri saya’

KUALA LUMPUR: “Kawan-kawan wartawan, tolong jangan ganggu emosi isteri saya,” demikian jawapan ringkas pelakon Shaharuddin Tambi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas selesai prosiding permohonan cerai secara baik yang dijalankan secara tertutup. Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan isteri Shaharuddin, Nor’aini, 51, selaku plaintif yang meminta supaya prosiding cerai itu dilakukan secara tertutup.


Sekumpulan wartawan yang menanti sejak awal pagi untuk membuat liputan berhubung kes cerai yang membabitkan pelakon itu beredar dari galeri awam mahkamah selepas diarahkan Shaiful Azli.

Sejam kemudian, Shaharuddin, 54, bersama isterinya keluar dari prosiding berkenaan.


Pasangan itu yang tidak diwakili peguam syarie hadir ke prosiding semalam secara berasingan pada jam 10 pagi.


Pada 25 April lalu, ketika kes berkenaan disebut di mahkamah sama, Shaharuddin mendakwa masih sayangkan isterinya berhubung tuntutan cerai dikemukakan disebabkan memahami emosinya yang terganggu disebabkan menderita kanser rahim.

Shaharuddin memaklumkan mahkamah, isterinya memerlukan rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan bergantung sepenuhnya kepada ubatan, bagaimanapun isterinya enggan mematuhi nasihat doktor.



Terdahulu, Nor’aini memberitahu mahkamah dia memfailkan tuntutan cerai berdasarkan tiada lagi persefahaman dan tidak dapat pembelaan sewajarnya sebagai isteri daripada defendan.

Shaiful Azli memerintahkan pasangan itu menjalani sesi kaunseling di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

myMetro | ‘Tolong jangan ganggu emosi isteri saya’

No comments:

Post a Comment