Thursday, September 1, 2011

Mahkamah halang penghantaran pelarian ke Malaysia


SYDNEY 31 Ogos – Mahkamah tinggi di Australia hari ini menghalang rancangan kerajaan Australia untuk menghantar pencari suaka ke Malaysia, dengan berkata, pelarian tidak boleh dihantar ke negara di mana mereka tidak dilindungi undang-undang.
Keputusan itu merupakan tamparan kepada rancangan kerajaan bagi menghantar sehingga 800 pencari suaka ke Malaysia sebagai pertukaran menempatkan semula 4,000 pelarian, sekali gus menyebabkan ratusan pencari suaka dalam dilema ketidaktentuan undang-undang.
“Hari ini, mahkamah tinggi membatalkan pengumuman Menteri Imigrasi dan Kewarganegaraan bahawa Malaysia sebuah negara di mana pencari suaka, yang memasuki Australia melalui Pulau Christmas, boleh dibawa untuk tuntutan suaka mereka diproseskan,” kata mahkamah dalam satu kenyataan.
Peguam kepada dua lelaki Afghanistan, yang menjadi tumpuan kes ini, menegaskan, perjanjian (dengan Malaysia) itu melanggar tanggungjawab Australia terhadap pencari suaka kerana Malaysia bukan negara penandatangan konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai pelarian.
Mahkamah tinggi memihak kepada alasan itu dengan satu keputusan majoriti. – AFP, utusan

No comments:

Post a Comment