Wednesday, September 21, 2011

Mat Sabu kena dakwa



Oleh Rafidah Mat Ruzki, Amin Ridzuan Ishak dan Petah Wazzan Iskandar
bhnews@bharian.com.my
2011/09/21


  • Foto
    MOHAMAD Sabu ketika dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, malam tadi. - Foto BERNAMA
  • Foto
    WARTAWAN menunggu di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, malam tadi. - Foto BERNAMA
Dihadap ke mahkamah kerana kenyataan iktiraf pengganas komunis

BUTTERWORTH: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, berhubung kenyataannya yang mengiktiraf pengganas komunis terutama Ahmad Indera atau Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar dan pejuang kemerdekaan negara, bulan lalu.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu akan didakwa mengikut Seksyen 500 kerana memfitnah yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Mat Sabu yang tiba di pekarangan IPK Pulau Pinang tepat jam 8.30 malam tadi dengan diiringi beberapa anggota polis yang menunggunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) ditahan, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis 35 minit kemudian.

Beliau tiba dengan penerbangan dari Kuala Lumpur, hadir selepas mengetahui waran tangkap ke atas dirinya sudah dikeluarkan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, pada sidang medianya malam tadi, berkata polis menerima lebih 1,000 laporan dari kalangan keluarga mangsa Bukit Kepong, bekas polis dan orang awam dibuat ke atas pemimpin PAS itu selepas mengeluarkan kenyataan bulan lalu.

Bagaimanapun, polis memberi tumpuan kepada tiga pengadu yang juga waris mangsa Bukit Kepong iaitu dua wanita dan seorang lelaki yang menganggap kenyataan Mat Sabu sebagai satu fitnah terhadap perjuangan ahli keluarga mereka. 
“Sebelum ini, beliau disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan mendatangkan khianat awam.

“Bagaimanapun selepas semua fakta dan bukti diteliti, esok (hari ini) beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah,” katanya.

Sebuah akhbar dalam laporan 27 Ogos lalu, melaporkan Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, dekat sini, pada 21 Ogos lalu menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan serta keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Kenyataan itu menimbulkan kemarahan pelbagai pihak terutama keluarga anggota polis yang terbunuh dalam kejadian itu dan menuntutnya memohon maaf.

Pengerusi DAP, Karpal Singh, sebelum itu, turut mengecam kenyataan Mat Sabu dan mahu beliau menarik balik kerana peristiwa di Bukit Kepong tidak boleh dipertikaikan serta mesti diterima kerana dokumen sejarah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang komunis.

Sementara itu, di Shah Alam; kediaman Timbalan Presiden PAS itu di Jalan Belat 19/32C, Seksyen 19, di sini, disimbah cecair dipercayai petrol, tengah malam semalam dipercayai ada kaitan dengan polemik yang dicetuskan itu.

Hanya sebahagian kecil pagar rumah teres dua tingkat itu terbakar dan berjaya dipadamkan jiran pemimpin PAS itu. 

No comments:

Post a Comment