Friday, November 25, 2011

132,801 peminjam disenarai hitam

DEWAN Rakyat diberitahu semalam bahawa sehingga 31 Ogos lalu, seramai 132,801 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disenarai hitam pengeluaran pasport dan dihalang ke luar negara.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) berkata, tindakan itu bukan untuk menyulitkan peminjam, sebaliknya dijadikan peringatan akhir kepada individu yang tidak mempedulikan notis pembayaran balik pinjaman diberi.


“Dalam konteks ini, kami tidak berniat menyulitkan peminjam kerana berdasarkan prosedur kerja sedia ada, PTPTN melaksanakan pendekatan fleksibel dalam mendapatkan bayaran balik pinjaman sebelum menyenaraihitamkan mereka.

“Senarai hitam ini membabitkan jumlah pinjaman RM2.1 bilion. Kami terpaksa bertindak dengan cara demikian bagi memberi peringatan kepada peminjam tegar,” katanya.

myMetro | 132,801 peminjam disenarai hitam:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment