Thursday, November 3, 2011

Beruk-beruk sudah dapat pisang


Senator Nalla terharu, jamin berkhidmat kepada rakyat


ABU Zahar Ujang (kiri) bersalaman dengan Chiew Lian Keng (kanan) sambil disaksikan Nallakaruppan Solaimalai (dua dari kiri) dan Jaspal Singh Gurbakhes Singh selepas majlis mengangkat sumpah di Dewan Negara, semalam. - UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH


KUALA LUMPUR 2 Nov. - Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan berjanji akan menggunakan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Negara secara terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat serta membalas kepercayaan kerajaan dan negara melantiknya.
Beliau yang pernah menghadapi hukuman penjara akibat kesalahan memiliki senjata api dan peluru pada 1998 dengan insaf berkata, pelantikan itu merupakan satu anjakan dalam karier politik beliau untuk mendekati masyarakat dan terlibat dalam proses pembinaan negara bangsa.
"Inilah kerajaan yang pernah memenjarakan saya dan kerajaan inilah juga yang melantik saya sebagai senator hari ini.
"Jadi saya akan bekerja untuk negara, bekerja untuk rakyat dan itulah azam saya sejak zaman persekolahan lagi," katanya kepada pemberita selepas mengangkat sumpah sebagai Senator Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Parlimen hari ini.
Turut mengangkat sumpah sebagai Senator Dewan Negara hari ini ialah Bendahari Agung MIC, Datuk Jaspal Singh dan Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan, Chiew Lian Keng.
Kepada satu soalan, Nallakaruppan yang juga bekas Pengarah Eksekutif Magnum Holdings Sdn. Bhd. berkata, beliau tidak teragak-agak untuk menggunakan sidang Dewan Negara bagi mendedahkan kelemahan dan salah laku bekas rakan karibnya iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Sebagai ahli Dewan, saya bukan mahu menggunakan kesempatan untuk membalas dendam, beliau (Anwar) merupakan bekas rakan karib saya dan masih rakan tetapi kalau dia 'usik' saya, saya akan 'usik' dia," tegasnya.

No comments:

Post a Comment