Wednesday, November 2, 2011

RM5.3b dikirim ke Indonesia dari Malaysia



2011/11/02

Angka itu mewakili lebih separuh jumlah dihantar seluruh Asia Pasifik

JAKARTA: Pekerja Indonesia di Malaysia mengirim pulang ke tanah air mereka wang berjumlah AS$1.7 bilion (RM5.3 bilion) pada suku ketiga tahun ini (2011), demikian menurut catatan bank pusat, Bank Indonesia (BI).
Angka itu mewakili lebih daripada separuh jumlah wang sebanyak AS$2.91 bilion (RM9.02 bilion) yang dikirim pulang oleh tenaga kerja Indonesia (TKI) yang bekerja di kawasan Asia Pasifik.
Jurucakap BI, Difi Johansyah berkata, kiriman wang oleh pekerja Indonesia di luar negara ke tanah air mereka mencapai AS$5.05 bilion (RM15.7 bilion) atau kira-kira Rp43 trilion sepanjang suku ketiga tahun ini dan TKI bekerja di Asia mengirim pulang paling banyak wang.

“TKI di kawasan Asia Pasifik mengirim wang ke Indonesia mencapai AS$2.91 bilion. Terbesar dibandingkan kawasan lain,” kata Difi yang dipetik detikfinance melalui portal berita detik.com di sini, semalam.

Beliau berkata, TKI yang bekerja di kawasan Asia Barat dan Afrika mengirim pulang wang berjumlah AS$2.01 bilion (RM6.23 bilion) dan daripada jumlah itu mereka yang bekerja di Arab Saudi menyumbang jumlah paling besar iaitu sebanyak AS$1.68 bilion RM5.21 bilion). – BERNAMA
Berita Harian Online | RM5.3b dikirim ke Indonesia dari Malaysia:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment