Monday, November 21, 2011

Thaksin nafi diberi layanan istimewa

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand yang tinggal dalam buangan, Thaksin Shinawatra, semalam menolak cadangan beliau akan mendapat layanan khas daripada sekutu kerajaan pimpinan adiknya, selepas namanya disebut menerima pengampunan.

Thaksin tinggal di luar negara untuk mengelak daripada dikenakan hukuman penjara dua tahun atas tuduhan rasuah.
Satu mesyuarat Kabinet Thailand minggu ini dilaporkan menderaf satu pengampunan diraja yang mungkin membenarkannya pulang tanpa menjalani hukuman, mencetuskan kemarahan pihak menentang.
Dalam sepucuk surat kepada penyokongnya menerusi emel peguamnya, Noppadon Pattama, Thaksin bercakap mengenai khabar angin namanya akan dimasukkan dalam senarai mereka dicadangkan menerima pengampunan diraja bulan depan.

“Saya percaya dengan prinsip bahawa kerajaan tidak akan lakukan apa-apa yang akan memberi manfaat kepada saya atau mana-mana individu secara khusus,” kata bekas pemimpin berusia 62 tahun dalam sepucuk surat dari Dubai.

Thaksin, disingkir dalam satu rampasan kuasa tentera 2006, berkata sebarang isu diambil kini perlu membawa penyatuan nasional kepada negara dan mengatasi krisis banjir terkini Thailand mengorbankan lebih 600 orang.

Laporan pengampunan itu muncul pada masa rapuh buat Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra, yang juga adik perempuan Thaksin dan dianggap proksi politiknya, ketika beliau berdepan kritikan menguruskan banjir.
Pengampunan diraja diberi setiap tahun pada ulang tahun Raja Bhumibol Adulyadej, 5 Disember.

Pengampunan tahun ini perlu diluluskan raja akan meliputi ‘pesalah sekurang-kurangnya berusia 60 tahun dan dijatuhi hukuman penjara bawah tiga tahun,’ kata akhbar berbahasa Inggeris Bangkok Post, Rabu lalu. – AFP
Berita Harian Online | Thaksin nafi diberi layanan istimewa:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment