Friday, December 16, 2011

Muhammad Ali bimbang pengambilalihan KFC


Oleh IKHWAN IDERIS


KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR – Bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim (gambar) menzahirkan kebimbangannya mengenai tawaran pengambilalihan KFC Holdings Bhd. (KFCH) dan QSR Brands Bhd. (QSR) oleh JCorp.

Sambil menyatakan belum mendapat maklumat penuh berhubung perkara tersebut, Muhammad Ali berkata, beliau secara peribadi berpendapat tawaran pengambilalihan tersebut adalah tidak perlu.

“Sekiranya matlamatnya adalah untuk mengurangkan bebanan hutang JCorp, terdapat banyak cara lain, banyak lagi aset lain yang tidak penting boleh dijual.

“Kenapa tidak dijual sahaja aset-aset lain yang kurang strategik dan tidak begitu penting kepada orang Melayu, kenapa hendak ditumpukan kepada KFCH dan QSR?

“KFCH dan QSR kini bukan lagi milik JCorp sahaja tetapi milik orang Melayu, janganlah pula sampai ia akhirnya terlepas ke tangan orang lain,” katanya selepas menghadiri seminar Wakaf: Mentakrifkan Semula Hartanah dan Pertumbuhan anjuran Yayasan Iqra di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai laporan JCorp dan CVC Capital Partners yang merupakan sebuah firma ekuiti persendirian antarabangsa menerusi entiti yang diwujudkan untuk tujuan khas, Massive Equity Sdn. Bhd. (ME) menyerahkan surat tawaran kepada Badan Pengarah KFCH dan QSR untuk mengambil alih 100 peratus perniagaan dan aktiviti perusahaan kedua-dua syarikat tersebut termasuk semua aset dan liabiliti.

Kosmo! Online - Negara:

No comments:

Post a Comment