Thursday, December 1, 2011

Nama lelaki, jantina perempuan


daftar2

Oleh : M. JEFFRI RAZALI
AYER KEROH - Seorang lelaki terpaksa membatalkan hasratnya mendaftar sebagai pengundi buat sementara waktu apabila mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan sebagai seorang pengundi dengan menggunakan nama individu lain.

Walaupun lelaki berusia 38 tahun itu menetap di Petaling Jaya, Selangor, namun sema­kan menggunakan laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan sebagai pengundi di Kuala Krai, Kelantan.

Lebih aneh, apabila nama individu yang tertera dalam senarai berkenaan iaitu Zulkifly Mohamed Yusof dikategorikan sebagai berjantina perempuan.

Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong berkata, ia hanya disedari apabila lelaki terbabit ke DAP Melaka untuk mendaftar sebagai pe­ngundi baru.

Menurutnya, lelaki terbabit mendakwa tidak pernah menetap di Kelantan.

“Apabila mendapati nombor kad pengenalan barunya telah didaftarkan, kami memeriksa nombor kad pengenalan lamanya pula kerana memikirkan ia mungkin satu kesilapan.

“Bagaimanapun, nombor kad pengenalan lamanya turut didaftarkan atas nama orang berkenaan,” katanya kepada media selepas membawa perkara itu untuk perhatian SPR Melaka di Menara Persekutuan, di sini, semalam.

Poay Tiong berkata, aduan rasmi telah dibuat semasa pertemuannya dengan pegawai SPR Melaka bagi membolehkan SPR menyiasat perkara berkenaan.

Sementara itu, seorang jurucakap SPR ketika mengesahkan laporan itu berkata, siasatan akan dijalankan sebelum tindakan susulan diambil.
icdaftar
Nama lelaki, jantina perempuan - Melaka & NS - Sinar Harian:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment