Friday, January 20, 2012

Scomi, rakan kongsi meterai perjanjian monorel di Brazil

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Scomi Engineering Bhd., unit Scomi Group Bhd., bersama-sama tiga rakan kongsi konsortium, menandatangani kontrak dengan Sekretariat Infrastruktur negeri Amazonas di Brazil.
Dalam satu kenyataan hari ini, Scomi berkata, kontrak itu melibatkan pembangunan reka bentuk kejuruteraan terperinci, pembinaan, bekalan dan pemasangan sistem monorel bagi kawasan metropolitan Manaus.
"Pemeteraian kontrak berikutan pemberian projek yang berjaya pada Ogos lalu tahun kepada satu konsortium yang terdiri daripada Scomi, CR Almeida S/A Engenharia de Obras, Mendes Junior Trading E Engenharia S/A dan Serveng-Civilsan S/A Empresas Associadas de Engenharia.
"Kontrak itu bernilai Real Brazil (BRZ Real) 1.46 bilion, atau kira-kira RM2.56 bilion, di mana bahagian Scomi bernilai BRZ Real 339.9 juta, atau kira-kira RM597.2 juta,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment