ceramah-ganggu

SEREMBAN – Keadilan Cabang Rembau mendakwa mereka diugut sekumpulan kira-kira 30 lelaki ketika sedang membuat persiapan ceramah yang diadakan di pekan Kuala Sawah, Rantau, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, beberapa ahlinya yang sedang membuat persiapan majlis didatangi kumpulan terbabit yang ada di antaranya bersenjatakan pisau.

Penyelaras Dewan Unda­ngan Negeri (Dun) Rantau Keadilan Rembau, S.Karupaya berkata, ketika itu, dia bersama lima lagi rakannya sedang membuat persiapan akhir untuk majlis ceramah yang dijadualkan jam 9 malam di Taman Jed Indah, Rantau.

“Tiba-tiba sekumpulan kira-kira 30 lelaki menaiki kereta dan motosikal datang menghampiri kami sambil mengeluarkan kata-kata ugu­-tan yang mendesak agar kami membatalkan ceramah pada malam itu.

“Saya nampak tiga daripada mereka membawa pisau. Lantas, kami buat keputusan tidak memberi sebarang reaksi kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini,” katanya pada pemberita di sini semalam.

Turut serta, Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani dan Timbalan Penyelaras Dun Rantau Keadilan Rembau, Daud Idris.

Sementara itu Setiausaha Keadilan Cabang Rembau, Norazizi A.Aziz berkata, pihaknya kesal dengan insiden itu dan mengesyaki ada campur tangan daripada pihak tertentu.

“Kami tidak mahu bergaduh dengan sesiapa pun, kami hanya mahu mengadakan ceramah menyampaikan maklumat kepada rakyat.