Friday, February 24, 2012

Najib: Tak jemput MB, KM Pakatan tak langgar Perlembagaan

NAJIB

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dakwaan pemimpin Pakatan Rakyat tidak dijemput menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 Selasa lepas, tidak sepatutnya berbangkit kerana ia merupakan amalan biasa.

Malah katanya, keputusan itu juga tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dipetik Bernama, Perdana Menteri berkata, mesyuarat itu merupakan mesyuarat penyelarasan antara kerajaan pusat dan negeri yang dihadkan kepada Menteri Besar dan Ketua Menteri daripada Barisan Nasional (BN) sahaja.

"Kita punya pendirian semua mesyuarat yang dikehendaki mengikut Perlembagaan yang melibatkan negeri-negeri, kita tetap menjemput menteri dan ketua menteri pembangkang seperti Majlis Tanah Negara, Majlis Tempatan dan juga yang melibatkan jawatankuasa kewangan negara yang tertentu.

"Jadi, soal jemputan itu tidak sepatutnya berbangkit... dia pun banyak mesyuarat, pun tak jemput kita, itu pun nak complaint (merungut)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, malam tadi.

Najib mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kesal kerana tidak dipanggil menghadiri mesyuarat tersebut.
Mesyuarat itu diadakan Selasa lalu.


Najib: Tak jemput MB, KM Pakatan tak langgar Perlembagaan - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment