Tuesday, March 6, 2012

'Bimbang tabiat pelancong luar'

Berita Harian Online | 'Bimbang tabiat pelancong luar': Nik Aziz mahu pelawat berpakaian sopan sepanjang berada di Kelantan

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat melahirkan rasa bimbang terhadap tabiat pelancong Eropah yang suka memakai coli dan seluar dalam ketika berada di khalayak.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan pentadbiran kerajaan negeri terutama agensi terbabit dengan pelancongan seperti Pusat Penerangan Pelancongan negeri memberi perhatian terhadap perkara berkenaan.
“Saya mengunjungi satu negeri di utara baru-baru ini dan mendapati ada pelancong Eropah di situ hanya memakai coli dan seluar dalam.

“Saya ingin berpesan kepada kerajaan negeri supaya mengelak perkara ini dari berlaku di Kelantan dan harus menjadikan negeri ini sebagai alternatif kepada mereka yang berpakaian sopan,” katanya mengulas isu pelancongan pada sesi penggulungan ucapan perasmian Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, semalam.

Nik Aziz berkata, pihak pelancongan negeri perlu berusaha menjadikan Kelantan sebagai tarikan pelancong Eropah yang berpakaian sopan dan pada masa sama memastikan mereka mengikut peraturan berpakaian ditetapkan pihak berkuasa negeri.

“Kalau hendak telanjang, saya tidak kisah, itu mereka boleh lakukan hanya apabila berada di rumah tanpa membabitkan orang ramai.
“Apabila berada di tengah masyarakat seperti di negeri Kelantan, mereka harus berakhlak dan berpakaian sopan dengan mengikut peraturan Islam.

“Kerajaan negeri sentiasa menekankan soal akhlak dan sentiasa mengawasi keadaan pelancong yang mengunjungi negeri ini, yang mungkin bertindak mengikut perasaan mereka.

“Kalau kita di rumah ikut peraturan di rumah dan bila berada di dalam masyarakat harus mengikut peraturan kerajaan,” katanya.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment