Sunday, April 22, 2012

Bob Kuman masih dirawat: Keluarga

Berita Harian Online | Bob Kuman masih dirawat: Keluarga:
BOB kesal dengan berita penyebaran kematiannya di laman sosial, semalam.
BOB kesal dengan berita penyebaran
 kematiannya di laman sosial, semalam.

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak popular, Bob Kuman atau nama sebenarnya Husin Mohd Rawi, 40, kini terlantar dan mengalami kesukaran bergerak di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya di sini.

Keadaannya itu sekali gus menafikan dakwaan bahawa dia sudah meninggal dunia seperti dilaporkan di laman Twitter, mesej pesanan BlackBerry (BBM) dan facebook, semalam.
Sehubungan itu, keluarga Bob meminta penyebaran berita kematian ahli kumpulan Bawal Power itu dihentikan serta-merta.
Bob kini dibawa jagaan jururawat, Mohd Farid Hamzah yang menjaganya siang dan malam di rumahnya sejak 15 April lalu. 

Farid berkata, keadaan kesihatannya semakin stabil selepas mendapat bantuan bekalan gas oksigen, tetapi apabila mendengar berita palsu berhubung kematiannya, Bob jadi tertekan. 

“Berita palsu ini menimbulkan keadaan cemas sekali gus membawa tekanan apabila peminat, rakan serta saudara mara menyangka Bob sudah meninggal dunia. Kami tidak putus-putus menerima panggilan sejak berita palsu disebarkan pada jam 1.40 tengah hari. 

“Bob marah dan kesal dengan orang yang menyebarkan berita kematiannya. Akibat tertekan, tekanan darah tingginya naik semula. Saya minta maaf, Bob tidak dapat menjawab panggilan kerana perlu berehat. 
“Saya dan keluarga Bob amat berharap agar peminat, rakan dan saudara mara tidak percaya dengan berita palsu yang disebarkan. Sebagai orang Islam, doakan yang terbaik buat Bob yang terlantar sakit, bukan mendoakan kematiannya. Itu yang Bob kesali sangat,” katanya. 

Kesihatan Bob mula terjejas selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak pada akhir 2011. 

Akibat insiden berkenaan, Bob kini bertarung dengan penyakit bengkak kaki, sesak nafas selepas miang buluh memasuki saluran pernafasan manakala hidungnya mengalami pendarahan yang banyak. 
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment