Wednesday, April 18, 2012

Dr. Mahathir jalani pembedahan kecil

Kosmo! Online - Negara:


KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad, 87, dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini pagi semalam bagi menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan polip pada rongga hidung.
Pasukan perubatan yang diketuai Perunding Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak PPUKM, Prof. Dr. Abdullah Sani Mohamed; Perunding Pakar Bedah PPUKM, Prof. Datuk BS Gendeh; Perunding Pakar Bius PPUKM, Prof. Joanna Ooi dan Perunding Pakar Bius Institut Jantung Negara, Datuk Dr. Hassan Mohamad Ariff melakukan pembedahan selama sejam bermula pukul 9.30 pagi.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment