Sunday, May 20, 2012

Ahli Umno tunggu apa lagi, hijrah lah...


Ahli Umno tunggu apa lagi, hijrah lah...

KUALA LUMPUR: Sejak akhir-akhir ini berlaku suatu fenomena menarik di mana bukan sahaja ahli dan pemimpin Umno malah golongan cerdik pandai juga mula tidak percaya kepada Umno.

Terbaru kelmarin, Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.

Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.

Akan datang ini pula bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM iaitu orang nombor 3 dalam pasukan polis akan menyerahkan borang menyertai PAS.

Beliau dijangka akan menyerahkan borang ahli PAS kepada Presiden PAS pada satu majlis di Batu Kurau, Perak malam esok.

Sebelum ini bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir juga turut mengumumkan keluar parti dan menyokong Pakatan Rakyat selepas kecewa dengan Umno sekarang yang didakwa terpesong dari landasan perjuangan.

Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Suhaimi Abdul Aziz, beliau melihat perkembangan terbaru itu menunjukkan Umno tidak lagi mendapat kepercayaan orang Melayu sendiri.

"Kita mengingatkan bahawa Umno bukan lagi sebuah parti tempat berpaut umat Melayu di negara ini.

"Umno adalah untuk suku sakat golongan elit pemerintah sahaja. Mereka yang terus berkuasa akan mendapat habuan, manakala ahli bawahan yang bekerja bertungkus lumus sejak dahulu sehingga sekarang tidak dipedulikan," katanya.

Menurutnya, jika suatu ketika dulu, tanda-tanda pilihan raya umum berlangsung adalah dengan ahli PAS atau Pakatan Rakyat ‘keluar’ beramai-ramai dengan menyertai BN, namun sekarang ini sudah terbalik pula.

"Kita menyeru pemimpin-pemimpin Umno serta komponen BNdi Wilayah Persekutuan agar berhijrah segera ke Pakatan Rakyat sebelum kapal BN tenggelam sepenuhnya menjelang PRU 13.

"Kita bersedia menerima kemasukan pemimpin-pemimpin UMNO ke dalam PAS dengan hati terbuka asalkan mereka ikhlas menerima prinsip perjuangan PAS," katanya.HDAILY
 

No comments:

Post a Comment