Tuesday, May 22, 2012

Kakitangan bank bocor maklumat wajar disiasat

Berita Harian Online | Kakitangan bank bocor maklumat wajar disiasat:
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara (BNM) digesa menyiasat tindakan seorang kakitangan bank yang didakwa membocorkan maklumat perbankan mengenai National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp).

Yang Dipertua Persatuan Kemajuan Insan Malaysia, Omar Idris, berkata pihaknya membuat desakan itu kerana kemungkinan wujud unsur rasuah di sebalik tindakan berkenaan memandangkan kakitangan terbabit tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.
“Kakitangan itu diberhentikan selepas siasatan dalaman bank mendapati dia membocorkan maklumat pelanggan. Kegiatan itu adalah satu kesalahan jenayah yang harus disiasat sehingga ke akar umbi.
Ini perkembangan yang amat merisaukan, bukan saja bagi pelanggan bank, malah juga pelabur asing. Jika tiada tindakan diambil ia boleh menjejaskan integriti industri perbankan negara. - Omar Idris, Yang Dipertua Persatuan Kemajuan Insan Malaysia
“Ini perkembangan yang amat merisaukan, bukan saja bagi pelanggan bank, malah juga pelabur asing. Jika tiada tindakan diambil ia boleh menjejaskan integriti industri perbankan negara,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Minggu lalu, Naib Presiden PKR, N Surendran menyeru pihak berkuasa menghentikan siasatan ke atas bekas kerani bank, Johari Mohamad yang didakwa membocorkan maklumat perbankan NFCorp.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, turut meminta BNM menyiasat motif dan insentif yang mendorong kakitangan bank itu sanggup mengambil risiko melakukan jenayah di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA)

Sementara itu, Jabatan Peguam Negara menolak representasi dikemukakan peguam ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail untuk mengkaji pertuduhan ke atas anak guamnya yang didakwa menipu Pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC). 
Perkara itu dimaklumkan Ketua Unit Pendakwaan SPRM, Datuk Abdul Razak Musa ketika kes berkenaan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rozilah Salleh di sini, semalam.

Sehubungan itu, Rozilah menetapkan sebutan kes pada 12 Jun depan, selain mengekalkan dengan tarikh terdahulu selama dua minggu bermula 16 Jun depan untuk perbicaraan.

Pada 30 Disember tahun lalu, Shamsubahrin, 46, didakwa menipu Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dengan menjanjikan perkhidmatan rundingan nasihat bertujuan memperdayakannya hingga mendorong Mohamad Salleh membayar wang perkhidmatan kepadanya.
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment