Wednesday, May 30, 2012

Kami datang dengan sangkaan baik ia akan aman..


Kami datang dengan sangkaan baik ia akan aman..
Aku lihat seorang suami memimpin isterinya yang sedang sarat mengandung
Aku lihat seorang anak menolak ibunya di atas kerusi roda
Aku lihat ibu bapa membawa anak-anak mereka
Semua dengan niat yang sama untuk menuntut hak kita semua
Kepercayaan kami dikhianati
Kami dikasari
Wanita, kanak-kanak, orang tua semua terkena tempias
Bom beracun yang menyakitkan jantung kami

Semua kerana kami tidak mahu hak kami dikhianati
Undi itu milik kami
Kewarganegaraan itu hak kami
Dataran itu milik kami

Kami juga rakyat
Ratusan ribu yang berhimpun itu juga rakyat
Tunaikan slogan kamu
Rakyat didahulukan!

from rakyat, (lpe siapa) :)
 

No comments:

Post a Comment