Thursday, May 31, 2012

KENALI SIAPA DIA SDR RAFIZI RAMLI

KENALI SIAPA DIA SDR RAFIZI RAMLI

Sebelum ini nama Sdr Rafizi Ramli tidak diketahui umum.. namanya mula bermain dibibir setiap rakyat kita apabila berganding bahu bersama-sama dengan Datuk Saifuddin Nasution Setiausaha Agung PKR, YB Zuraida Kamauddin Ketua Wanita PKR dan YB Tony Puah membongkar sehingga ke-akar umbi skandal NFC yang melibatkan wang rakyat RM250 juta disalah guna untuk kepentingan peribadi semua kaum kerabat Shahrizat Jalil, Ketua Wanita UMNO Malaysia..

Malam tadi lagi sekali beliau telah menunjukkan kebolehan beliau yang semula jadi sebagai pendebat yang hebat sehingga mampu membuat pihak lawan, Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia terkebel-terkebel... 

Tidak dinafikan...primadona debat PTPTN malam tadi anjuran Sinar harian dan Astro ialah Sdr Rafizi Ramli..

Siapakah beliau?....


Lahir: 14 September 1977
Tempat Lahir: Besut, Terengganu
Membesar: di Kemaman dan Kuala Kangsar

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Pendidikan awal @ Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)
Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)
Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan


Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar
Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu)
Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992
Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
Presiden, Badan Revolusi Agama
Presiden, Pancaragam Tentera
Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan
Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)

Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996
Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
Pengawas
Orkestra Morrison’s Academy
Leeds University (1996 – 1999)

Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
LATAR BELAKANG KERJAYA

Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003)

lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun
diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan
diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia
PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)

Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant
Pengurus termuda semasa dilantik
PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007)

Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)
Pengurus Kanan termuda semasa dilantik
Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion
PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)

Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)
Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion Pharmaniaga Berhad (2009).

No comments:

Post a Comment