Sunday, May 6, 2012

Menteri: Kerajaan kaji mansuh atau struktur semula tol

Menteri: Kerajaan kaji mansuh atau struktur semula tol - Nasional - Sinar Harian:


Datuk Seri Shaziman Abu Mansor
Datuk Seri Shaziman Abu Mansor
GEMAS – Kementerian Kerja Raya sedang meneliti cadangan beberapa syarikat konsesi lebuh raya bagi pemansuhan atau penstrukturan semula kadar tol bagi tempoh tertentu.

Menterinya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, kementeriannya sentiasa meneliti pendekatan terbaik sejak 2009 bagi memastikan kutipan tol di lebuh raya di negara ini tidak membebankan orang ramai.

Menurutnya, penelitian cadangan berkenaan dibuat berdasarkan tiga keutamaan iaitu mengurangkan beban rakyat, menjayakan aspirasi kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat serta kerugian bakal dialami syarikat konsesi terbabit.

“Penelitian ini masih dijalankan. Syarikat konsesi lebuh raya terbabit bagaimanapun menunjukkan sikap positif mereka dalam menyahut aspirasi kerajaan dalam mengurangkan beban rakyat berhubung isu kutipan tol ini,” katanya kepada media pada majlis perasmian Hari Keluarga Kem Syed Sirajudin, semalam.

No comments:

Post a Comment