Saturday, May 19, 2012

Najib hina petronas




Wah, najib an tantuya rupanya ke luar negara untuk jual aset negara kaw kaw!! mengapa syarikat tempatan spt petronas di ketepikan? apakah ada "someting" di belakang tabir?

see more --- > http://www.malaysiakini.com/news/198298

Tambah pelaburan RM15 bilion
Oleh Mior Kamarul Shahid dari New York
mkamarul@nstp.com.my
2012/05/19

SYARIKAT minyak Amerika Syarikat, ConocoPhilips.
SYARIKAT minyak Amerika Syarikat, ConocoPhilips.
ConocoPhilips mahu tingkat operasi pengeluaran minyak di Malaysia

CONOCOPHILIPS, syarikat ketiga terbesar di Amerika Syarikat bercadang menambah pelaburan AS$5 bilion (RM15 bilion) untuk projek pengeluaran minyak di Malaysia.

Pada masa ini, syarikat itu sudah pun melabur AS$1.5 bilion (RM4.5 bilion) membangunkan tiga kawasan berpotensi mengeluarkan minyak di luar pesisir Sabah.
Darden, syarikat pengendali restoran Red Lobster dan Capitol Grill pula akan memulakan pelaburan besar-besaran membiak udang galah di perairan Semporna dan Lahad Datu, Sabah untuk dieksport ke Amerika Syarikat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata syarikat itu yang akan mula mengeluarkan hasil minyak tahun depan, menjangkakan dapat menghasilkan 300,000 tong minyak sehari menjelang 2016.

Najib menyifatkan pelaburan syarikat itu membantu meningkatkan daya pengeluaran minyak negara kepada tahap yang lebih tinggi.

Perdana Menteri menjelaskan perkara itu selepas mengadakan perbincangan meja bulat dengan pemimpin-pemimpin syarikat Fortune 500 di Kelab Harvard New York di sini, semalam.

Lawatan kerja dua harinya bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke New York berakhir hari ini. Antara yang hadir dalam perbincangan meja bulat itu ialah Presiden Darden Acqua Farm, Bill Herzig; Naib Presiden Eksekutif Global Eastman Chemical, Mark Costa; Ketua Pegawai Eksekutif Global Consumer Insurans AIG-Chartis, Jeffrey Hayman; Naib Presiden Eksekutif Komersial, Pembangunan Perniagaan dan Perancangan Korporat ConocoPhilips, Don Wallette selain pimpinan McKinsey, Boeing, Kumpulan Crest, Kumpulan Ace, Raytheon dan Kumpulan Citi. 
Perbincangan itu disusuli kunjungan hormat Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Eksekutif Ocean Thermal Energy Corporation, Jeremy P Feakins, diikuti Naib Presiden Eksekutif Motorola Solutions, Gene Delaney dan Senator Kit Bond.

Najib juga berkata, syarikat Eastman Chemical, pengeluar produk polimer juga bercadang menambah pelaburan sebanyak AS$350 juta (RM1,050 bilion) di Malaysia. Keputusan mengenainya akan dibuat tidak lama lagi.

Ocean Thermal Energy Corporation pula memohon untuk membuat kajian mengeluarkan tenaga di kawasan laut Sabah yang berpotensi menjana elektrik secara besar-besaran.

Darden, syarikat pengendali restoran Red Lobster dan Capitol Grill pula akan memulakan pelaburan besar-besaran membiak udang galah di perairan Semporna dan Lahad Datu, Sabah untuk dieksport ke Amerika Syarikat.

Syarikat itu mengenal pasti Sabah sebagai kawasan yang amat sesuai untuk pembiakan dan ternakan undang galah secara besar-besaran berdasarkan kepada kaedah penternakan kontrak.

Najib berkata, masyarakat tempatan boleh turut mengambil bahagian, manakala syarikat akan membeli segala yang dihasilkan oleh nelayan. Darden sudah pun menjalankan kajian percubaan di kawasan berkenaan.

Perdana Menteri berkata, Motorola yang sudah melabur selama 40 tahun di Malaysia akan meneruskan operasi mereka kerana kerjasama dan insentif yang diberikan oleh kerajaan selama ini.

Mereka juga akan menambah 250 peluang pekerjaan baru, selain membina sebuah bangunan tujuh tingkat.

No comments:

Post a Comment