Wednesday, May 23, 2012

orang yang keji percakapannya dan suka menyebarkan kekejian akan didatangkan pada hari kiamat dalam bentuk anjing

Imam Ghazali Mengulas : 
"Itulah Hadith-Hadith yang mencela percakapan yang keji (alfuhsy). Adapun takrif dan hakikatnya ialah: 
"Mengungkapkan perkara yang kotor dengan ungkapan yang terang. Kebanyakkannya berlaku pada perkataan yang menyatakan hubungan kelamin dan perkara yang berkaitan dengannya (seperti alat-alat kelamin). 
Kerana menjadi kebiasaan bagi orang-orang yang rosak akhlaknya menggunakan ungkapan yang nyata dan keji pada perkara-perkara tersebut. Tetapi orang-orang yang sholeh mengelak daripada menyebut perkara-perkara tersebut secara terang, sebaliknya mereka menyatakannya dalam bentuk kiasan dengan menyebut perkataan yang hampir dan berkaitan dengannya. 
Terdapat perkataan lucah yang dianggap keji menyebutnya, yang mana kebanyakkannya digunakan untuk memaki dan menghina. Perkataan tersebut berbeza-beza daripada segi kejinya; sebahagiannya lebih keji daripada yang lain, dan kadang-kadang ia berbeza-beza mengikut adat sesebuah negeri" 
(Lihat al- Gha'zali, al- Ehya, jld. 3).

Beliau seterusnya memetik kata-kata Ibrahim Bin Maisarah:
"Diriwayatkan bahawa orang yang keji percakapannya dan suka menyebarkan kekejian akan didatangkan pada hari kiamat dalam bentuk anjing atau dalam usus anjing".

No comments:

Post a Comment