Wednesday, May 9, 2012

Pas akan saman Rahim Noor

Pas akan saman Rahim Noor - Nasional - Sinar Harian:

Pas akan saman Rahim Noor
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM – Pas akan menyaman bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor dan sebuah akhbar berbahasa Inggeris berhubung penyiaran berita yang menuduh Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ‘bapa kafir’.
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tuduhan dibuat Rahim keterlaluan dan tidak berasas.
“Beliau (Rahim) perlu mengemukakan permohonan maaf secara terbuka serta menarik balik tuduhan yang disifatkan fitnah semata-mata.
“Pas turut akan mempertimbangkan saman terhadap sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang sanggup menyiarkan berita fitnah tersebut tanpa usul-periksa.
“Melaporkan kenyataan Rahim Noor telah merosakkan lagi imej akhbar itu. Sebagai surat khabar yang berwibawa, penyelidikan dan semakan terhadap kata-kata beliau perlu dilakukan sebelum dipaparkan terutamanya yang berbentuk fitnah sebegini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Tuan Ibrahim berkata, menuduh seseorang individu sebagai kafir merupakan tuduhan paling berat dalam persoalan aqidah.
“Harus difahami bahawa tuduhan terhadap peribadi tidak sama dengan menuduh kumpulan. Tambahan pula kalau dalam kumpulan tersebut, memang terdapat ahlinya yang terdiri daripada kalangan orang kafir.
“Maka kaedah feqah jelas menyebut: “Sesiapa yang mengkafirkan orang mukmin, maka tuduhan kafir itu kembali kepadanya.” Pas tidak pernah membuat sebarang tuduhan kepada mana-mana individu sebagai kafir dalam mana-mana ceramah atau ucapan,” katanya.
Katanya, apa yang Pas jelaskan ialah batas iman dan kufur iaitu sebahagian daripada silibus pengajian aqidah.

No comments:

Post a Comment