Sunday, May 13, 2012

Pengguguran Tunku Aziz tiada kaitan Bersih 3.0

Pengguguran Tunku Aziz tiada kaitan Bersih 3.0 - Semasa - Sinar Harian:

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

SHAH ALAM - Pengguguran nama Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai Ahli Dewan Negara pada penggal akan datang tiada kaitan dengan komen yang dilontarkannya berkenaan perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, parti lawan sengaja mencetuskan isu bagi melagakan kepimpinan PR.

“Ramai orang mahu jadi senator, sebagai sebuah parti mengamalkan keadilan dan demokrasi kita mahu beri peluang kepada semua orang yang layak.

“Kita perlu bahagikan pada setiap penggal, sebab orang beratur nak jadi senator. Pengguguran nama beliau (Tunku Abdul Aziz) tiada kaitan dengan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini,” katanya.

Semalam, Tunku Abdul Aziz mengesahkan DAP tidak akan menyambung tempoh keanggotaannya sebagai Ahli Dewan Negara yang bakal berakhir 31 Mei ini.

Beliau mendakwa, pengguguran itu ekoran daripada kenyataannya yang menolak perhimpunan jalanan ketika membahas titah ucapan Yang di -pertuan Agong di Dewan Negara baru-baru ini.

Tunku Abdul Aziz menyertai DAP pada 2008 dan dilantik sebagai Senator pada 2009 bagi kuota kerajaan negeri Pulau Pinang.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment