Tuesday, May 15, 2012

Tunku Aziz keluar DAP

Berita Harian Online | Tunku Aziz keluar DAP:


pix_gal0KUALA LUMPUR: Pemimpin kanan Melayu dalam DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (atas), malam tadi mengumumkan keluar daripada parti yang didominasi kaum Cina itu. 

Tunku Abdul Aziz yang dilantik Naib Pengerusi sebaik menyertai DAP pada Ogos 2008, berkata beliau tiada pilihan kecuali berundur secara terhormat berikutan tiada persefahaman dengan kepemimpinan parti.
Dalam program wawancara Chat Time terbitan ntv7, Tunku Abdul Aziz berkata, sebelum ini beliau pernah diingatkan oleh teman dan rakan seperjuangan supaya bersedia untuk dipecat berikutan tindakannya membantah perhimpunan BERSIH 3.0 yang disokong pembangkang, termasuk DAP.

“Saya tidak ada masalah untuk itu, tetapi sehingga kini tiada petunjuk daripada pucuk pimpinan bahawa ini akan menjadi takdir saya.

“Anda bertanya adakah saya akan meletak jawatan... saya rasa sudah tiba masanya saya melihat secara serius kedudukan saya dalam lingkungan budaya dan sistem parti. Saya menerima banyak nasihat daripada keluarga dan rakan dalam membuat keputusan.

“Berdasarkan perbezaan pendapat yang tidak boleh dipulihkan, saya tiada pilihan kecuali berundur secara bermaruah. Maka dengan ini, saya akan keluar daripada DAP,” katanya dalam program dihoskan Norzie Pak Wan Teh dan Charles Mohan.
Tunku Abdul Aziz dilantik Senator pada 2009, tetapi DAP tidak menyambung perkhidmatannya dipercayai akibat bantahan terbukanya terhadap perhimpunan BERSIH 3.0.

Beliau berkata, tidak semua ahli parti pakatan pembangkang bersetuju dengan perhimpunan itu kerana tidak ada jaminan ia akan berakhir dengan aman.

Tunku Abdul Aziz juga menegaskan penganjur BERSIH dan parti politik yang menyokong perhimpunan itu sepatutnya sedar bahawa selepas tiga kali perhimpunan diadakan, kerajaan mendengar permintaan mereka dan telah melakukan banyak perubahan untuk manfaat negara.

“Kita sudah menyampaikan bantahan kepada pengetahuan mereka (kerajaan) tetapi jangan lupa mereka adalah kerajaan yang dipilih secara sah. Pergi bercakap dengan mereka. Sudah tiga bantahan BERSIH dilakukan. Adakah anda fikir kita perlukan lagi? 

“Kerajaan sedang mendengar. Walaupun saya dari parti pembangkang, saya dapat melihat merit apa yang mereka lakukan. Saya dapat melihat apa yang mereka lakukan kerana mereka mendengar. 

“Kerajaan yang tidak mendengar tidak akan membuat semua perkara ini. Kita selalu ingat yang kita boleh melakukan yang baik... beri mereka peluang untuk menunjukkan bahawa mereka melakukan (sesuatu) yang akan memberi manfaat kepada negara,” katanya.

Mengenai perancangan masa depannya, Tunku Abdul Aziz berkata, beliau tidak mempunyai cita-cita besar yang khusus tetapi berhasrat untuk menyumbang kepada negara.

“Saya harap dalam tempoh waktu yang tinggal ini, saya boleh berbuat demikian,” katanya.
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment