Wednesday, June 27, 2012

Hukum Ghibah

TERJEMAHAN SURAH AN-NISAA' AYAT 148
"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang di katakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang), kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui"

Hukum Ghibah (Mengumpat)
Umat Islam seluruhnya juga telah ijma’ mengatakan bahawa hukum Ghibah adalah Haram. 
Sebahagian dalilnya ada termaktub pada Ayat Al-Quran dan Hadith di atas. Dan terdapat di dalam sebuah hadith di mana Rasulullah Saw mengatakan bahawa orang yang mengutuk orang Islam yang lain sebagai Fasik 

Hukum Ghibah adalah Haram. Ini adalah Hukum Asal. 
Atas alasan-alasan Syarak ia diperbolehkan. 
- Untuk membela diri. Adalah dibenarkan jika:
a) Atas tujuan yang dibenarkan oleh syarak
b) Jika tiada jalan lain melainkan dengan membuka aib orang lain.

Apakah Maksud Alasan Syarak itu. 
Iaitu mahu mencapai satu-satu tujuan yang benar menurut pertimbangan syarak, di mana jika tidak melalui cara itu tujuan itu tak mungkin akan tercapai. 
Walaubagaimanapun, jika ada cara lain seboleh-bolehnya gunakan cara berkenaan. Elakkan Ghibah

No comments:

Post a Comment