Tuesday, June 12, 2012

"Mereka ingin merosakkan reputasi saya

Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berpandangan mereka yang mengaitkannya dengan kumpulan kongsi gelap sewaktu beliau masih berkhidmat cuba merosakkan nama baiknya.

Musa percaya ia dibuat kerana beliau adalah pegawai penyiasat dalam kes Liwat 1 melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mereka ingin merosakkan reputasi saya. Ini juga ada kaitan dengan
Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apabila reputasi saya rosak Anwar boleh kata saya menganiaya dia," katanya.

Musa bagaimanapun tidak mengesahkan yang pegawai-pegawai kanan polis yang dimaksudkannya itu mempunyai kaitan secara langsung dengan Ketua Pembangkang itu.

Berita penuh: http://malaysiakini.com/news/199397

No comments:

Post a Comment