Thursday, June 7, 2012

Nizar jawab 28 soalan

Berita Harian Online | Nizar jawab 28 soalan:
   MOHAMMAD Nizar     bersalam dengan pegawai polis dari Balai Polis Skudai, Johor selepas memberi keterangan di pejabat PAS Perak di Ipoh, semalam.



MOHAMMAD Nizar bersalam dengan pegawai polis dari Balai Polis Skudai, Johor selepas memberi keterangan di pejabat PAS Perak di Ipoh, semalam.


Polis soal siasat hampir sejam kes pertikai bidaan WWW 1

IPOH: Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, disoal siasat polis selama hampir sejam berhubung tindakannya mempertikaikan bidaan nombor pendaftaran WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, baru-baru ini.


Mohammad Nizar diminta menjawab 28 soalan yang dikemukakan oleh dua pegawai dari Balai Polis Skudai, Johor, dan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.


Bercakap kepada pemberita selepas sesi soal siasat di pejabat PAS Perak, di sini semalam selesai, Mohammad Nizar berkata, dua pasukan peguamnya terdiri daripada tujuh orang turut hadir sepanjang sesi soal siasat itu.

“Saya menyerahkan kes ini kepada mereka (pasukan peguamnya) sekarang,” katanya sambil enggan mengulas sama ada dia tetap dengan pendiriannya sebelum ini dan menyatakan tidak bersalah.

Ditanya mengenai tindakan PAS Johor yang menjauhkan diri daripada isu yang ditimbulkannya, beliau berkata: "Itu awak kena tanya mereka”.

Ditanya pula sama ada kritikannya terhadap Sultan Johor itu boleh menjejaskan peluang pakatan pembangkang di negeri itu, Mohammad Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak berkata: "Kami bertanding di Perak." 
Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dilaporkan berkata beliau dimaklumkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff bahawa 39 kertas siasatan daripada 39 individu sudah selesai diambil berhubung isu berkenaan. 

Katanya, siasatan polis terhadap isu itu juga akan selesai selepas polis mengambil kenyataan Mohammad Nizar sebelum menyerahkan hasil siasatan itu kepada pihak Peguam Negara untuk membuat pendakwaan.

Tindakan Mohammad Nizar yang mengkritik Sultan Johor berhubung bidaan bernilai RM520,000 dalam tweeternya sebelum ini menimbulkan kemarahan rakyat Johor dan dianggap sebagai tidak menghormati baginda. 

Kenyataan itu turut menimbulkan reaksi daripada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim yang menjelaskan kerabat diraja Johor tidak mengambil duit daripada kerajaan sejak Almarhum Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar dan boleh disahkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman atau mana-mana pegawai kerajaan.
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment