Tuesday, July 17, 2012

Kepala tak lekuk lagi

KASIH IBU BAPA...Shamsiah dan suami menemani Hisham di HUSM Kubang Kerian, semalam.
KASIH IBU BAPA...Shamsiah dan suami menemani Hisham di HUSM Kubang Kerian, semalam.
KOTA BHARU: “Anak saya tidak takut menjalani pembedahan, sebaliknya teruja dan asyik memberitahu selepas pembedahan nanti, orang lain tidak takut melihatnya dan boleh menjalani kehidupan seperti rakan seusianya,” kata Shamsiah Yatim, 57, ibu kepada Mohd Izanuddin Hisham Muhamad, 24, atau lebih dikenali sebagai Hisham yang selamat menjalani pembedahan tempurung kepala, di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, semalam.
Menurut Shamsiah, anaknya mula dibedah pada jam 10 pagi dan keluar dari bilik bedah pada jam 12.30 tengah hari.
“Ketika menunggu Hisham dibedah, saya berdebar juga. Saya tidak jemu berdoa dan akhirnya selepas melihat dia keluar dari bilik bedah, saya lega.

“Saya juga gembira apabila anak saya cepat sedar, namun belum boleh bercakap,” katanya ketika ditemui di HUSM bersama suaminya, Muhamad Mohd Noor, 52.

Harian Metro semalam melaporkan, Hisham yang kehilangan separuh tempurung kepalanya akhirnya berpeluang menjalani kehidupan seperti manusia normal selepas seorang lelaki yang hanya memperkenalkan diri sebagai hamba Allah bermurah hati membiayai pembelian tempurung kepala tiruan yang ditempah khas di Singapura berharga RM8,500 untuk dicantumkan dengan tempurung kepala asal Hisham.

No comments:

Post a Comment