Thursday, August 9, 2012

PR tolak panel khas, mahu royalti dibayar segera

Logo Isu Royalti
Isu Royalti Minyak
PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penubuhan Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Negeri-negeri Pantai Timur yang diumumkan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak, tidak perlu sebaliknya bayaran perlu diberi secara terus kepada Kelantan dengan segera.

Menurutnya, kerajaan pusat perlu membayar secara tunai kepada Kelantan seperti yang dinikmati oleh Sabah dan Sarawak.

"Saya menuntut agar Najib tidak berdalih lagi berhubung pembayaran royalti minyak kepada Kelantan. Kelulusan bagi pembayaran royalti harus dipercepatkan tanpa melalui jawatankuasa khas," tegasnya.

Anwar mendesak Najib agar dapat mengembalikan semula hak Kelantan yang selama ini dinafikan oleh kerajaan pusat.

Jawatankuasa itu akan dianggotai wakil kerajaan Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan sultan masing-masing. Ia akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.

No comments:

Post a Comment