Saturday, September 15, 2012

Syiah mengajar penganutnya untuk membenci para sahabat Junjungan Nabi s.a.w.

Syiah mengajar penganutnya untuk membenci para sahabat Junjungan Nabi s.a.w. Hanya segelintir sahaja yang selamat dari kejian dan laknat mereka. Mereka tidak melaknat Iblis, tidak juga Fir`aun atau Haaman atau Namrud, tetapi mereka penuhkan kitab-kitab mereka dengan cacian dan makian terhadap para sahabat yang telah berjuang bersama Junjungan Nabi s.a.w. Ummahatul Mu'minin, para isteri Junjungan yang mulia juga tidak lepas dari kejahatan puak Syiah Imamiyyah Rafidhiyyah ini. Ummul Mu'minin, Sayyidah 'Aisyah r.'anha pun tidak lepas dari kejian dan kebencian mereka. Jikapun para sahabat tidak ma'shum, maka adakah itu menjadi alasan untuk menyuruh umat membenci dan mengkeji mereka? Hanya ajaran yang memusuhi Islam sahaja yang akan mengajar untuk berbuat sedemikian. Sungguh Syiah adalah musuh Islam!

No comments:

Post a Comment